Friday, October 30, 2009

KESALAHAN UMUM TATABAHASA III

PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT

1.0 Boleh dan dapat:

boleh - lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. (membawa maksud mengizinkan)

dapat - lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan ( membawa maksud boleh / mampu)

con:
Syamir sudah boleh menunggang kuda. (salah)
Syamir sudah dapat menunggang kuda. (betul)

Mazni tidak boleh pergi kerana demam. (salah)
Mazni tidak dapat pergi kerana demam. (betul)

2.0 Bukan dan Tidak

Bukan - digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak - digunakan apabila frasa adjektif & frasa kerja menjadi predikat.

con:
Cincin ini bukan cantik. (salah)
Cincin ini tidak cantik (betul) - 'cantik' ialah frasa adjektif

*Tip:
- Bagi menentukan sesuatu perkataan itu adalah frasa adjektif caranya, meletakkan kata penguat seperti 'amat', 'sangat', 'ter', dan sebagainya. Sekiranya, sesuai, maka ia adalah frasa adjektif.


3.0 Pedalaman dan pendalaman

pedalaman - beerti kawasan yang jauh

pendalaman - beerti usaha mendalamkan

con:

Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. (salah)
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. (betul)


Sunday, October 25, 2009

TANDA BACA III

KOMA BERTITIK

TANDA KOMA BERTITIK ( ; )

a) Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu
con:

i. Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikan kedua-dua ini pegangan hidupmu.

ii. Malam makin larut; kerja masih banyak.

iii.Tetamu itu tiba; dia menyambutnya.

(b) Memulakan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya
con:

i. Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.

ii. Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian, kita perlu mengadakan pertemuan untuk membuat persiapan

(c) Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat panjang
con:

i. Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za’ba, disesuaikan ke dalam bentuk teks; adayang menerapkan teori-teori baharu.

ii. Pelbagai ragam, manusia dapat dilihat di stesen kereta api; ada yang rancak berbual dengan teman-temannya; ada yang bersedih kerana akan berpisah dengan rakannya; ada yang termenung sendirian di bangku.

(d) Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.
con:

i. Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur;
kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga
mereka yang gugur diucapkan takziah.

ii. Kepada mereka yang lulus, syabas dan selamat maju jaya saya ucapkan; kepada mereka yang gagal, usahlah berputus asa.

TANDA BACA II

TANDA SEMPANG ( - ) / sempang

1. Menunjukkan & menegaskan ejaan sesuatu perkataan
con:
K-a-m-p-u-n-g bukan K-a-m-p-o-n-g.
T-o-n-t-o-n dan t-u-n-t-u-n mempunyai makna yang berlainan

2 Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
con:
“M-m-m-maksud saya begitulah,” katanya gagap.

3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi
con:
03-2481011
3016280-07-1013-6315700
470301-10-5209

4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat
con:
Indo-Belanda Anglo-China

5. Menunjukkan kata ganda
con:
beribu-ribu
pelajar-pelajar
anak-anak kecil
awan-gemawan
mengucar-ngacirkan

Nota:
(perbezaan antara tanda sempang & sengkang ialah:-
- tidak menggunakan 'spacing' di papan kekunci untuk menaip (sempang)
- menggunakan 'spacing' di keyboard untuk menaip (sengkang)


TANDA PISAH ( – ) / sengkang

1. Memisahkan keterangan sesuatu idea atau siri idea di tengah atau di akhir ayat

con:
a) Segala impiannya – wang, nama dan kuasa – kini, musnah akibat perbuatan sendiri.
b) Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.


2. Menunjukkan aliran fikiran penulis, atau pembicara, yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah.Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat.

con:
a) Semasa saya di kampung dahulu – saya sudah menyatakan hal ini tadi – saya pernah dilantik sebagai ketua kampung.

b) Sebaik-baik sahaja kamu sampai di Labuan – saya pasti pelayaran itu selamat – harap hubungi saya.


3. Menggantikan perkataan “hingga”
con:

a) Jun – Oktober
b) Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1997 – 1980

TANDA BACA I

TANDA PETIK ("...")

Tanda Petik Digunakan untuk:

1. Menunjukkan cakap langsung.
con:
“Tadi engkau di mana?” tanya ayah.“Di padang sekolah, ayah. Hari ini ada latihan bola sepak,” jawab Razif.

2. Menunjukkan petikan langsung daripada bahan cetak.
con:
“Jika dapat diibaratkan menulis karangan sebagai pekerjaan mengembara, maka rangka karangan dapatlah diumpamakan sebagai peta yang amat penting kepada pengembara. Tanpa peta si pengembara mungkin saja akan sesat entah ke mana.”

(Dipetik daripada Teknik Mengarang: Kertas Am dan Malaysia I oleh Awang Sariyan)

3. Menunjukkan sesuatu judul buku, majalah, dll.
con:
Komentar Profesor Madya Dr. Othman Puteh dalam majalah “Dewan Sastera” terhadap antologi cerpen Zaen Kasturi berjudul “Yuda” begitu menarik.

4. Menunjukkan istilah ilmiah.
con:
Spesies udang yang ada dikultur di negara kita ialah spesies air tawar, iaitu udang galah “macrobrachium rosenbergii” dan spesies air payau, iaitu udang harimau (“penaeus monodon”), serta udang putih (“penaeus indicus” dan “penaeus merguiensis”).

5. Mengapit slogan surat rasmi.
con:
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
“BAHASA JIWA BANGSA”

TANDA PETIK TUNGGAL ('...')

1. Menunjukkan ungkapan yang sudah diapit oleh tanda petik (“…”)
Con:
“Sudah puas saya menasihati mereka tetapi segala nasihat saya itu ‘seperti mencurahkan air di daun keladi’ saja,” kata Shamsul dengan nada yang kecewa.

Thursday, October 22, 2009

SALAH & BETUL I

Pakaian ini mahal. Ia diimport dari Itali. (salah)
Pakaian ini mahal. Pakaian ini diimport dari Itali. (betul) - Ia tidak boleh digunakan untuk binatang & benda)

Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. (salah)
Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. (betul) - Ia & nya tidak boleh digabungkan.)

Dua setengah meter. (salah)
Dua meter setengah. (betul) -Kata bilangan tentu, seperti satu, dua, tiga, tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan; seperti suku, setengah.)

Beberapa buah pandangan (salah)
Beberapa pandangan (betul) - Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak)


Dari masa ke semasa (salah)
Dari semasa ke semasa (betul) - perkataan pertama mesti sama dengan perkataan kedua

Oleh kerana (salah)
Oleh sebab (betul) - kata sendi (oleh) tidak boleh digabungkan dengan kata hubung (kerana)

Merbahaya (salah)
Berbahaya (betul)

Tengahari (salah)
Tengah hari (betul)

Di kalangan (salah)
Dalam kalangan (betul) - 'di' digunakan untuk TEMPAT sahaja).

daun-daun berguguran (salah)
daun berguguran (betul) - sebab daun dah menunjukkan banyak, tak perlulah diulang lagi)- perkataan yangmembawa maksud ‘jamak’ / banyak tidak boleh digandakan.

'rombongan artis-artis RTM' (salah)
rombongan artis RTM (betul)

catat (salah)
Catit (betul)

analisa (salah)
analisis (betul)

putra (salah)
putera (betul)

temu janji (salah)
janji temu (betul)

anti Israel (salah)
anti-Israel (betul)

kawad (salah)
kawat (betul)

kata-kata aluan (salah)
kata alu-aluan (betul)



Sumber: DBP

Wednesday, October 21, 2009

KESALAHAN UMUM TATABAHASA II

1.0 Kata Kerja

1.1. Ada dua jenis kata kerja:
a) Kata kerja transitif (KKT) - berawalan 'men' (kecuali makan, minum, minta & mohon)
- KKT adalah perbuatan yang melampau. (orang lain yng buat/lakukan, orang lain pula
yang menerima akibatnya)

con:
menendang, menggoreng

- Setiap KKT yang mempunyi imbuhan 'me' mesti diikuti dengan KATA NAMA.

con:
Emak menggoreng pisang. (menggoreng - KKT, pisang - Kata Nama)

b) Kata kerja tak transitif / intransitif (KKTT/KKTI)
- KKTT adalah perbuatan yang ditanggungnya sendiri.

con:
menyanyi, menguap


Tip:
-KKT yang mempunyi imbuhan 'men...kan' membawa maksud 'dia yang tolong buat'.
-KKT yang mempunyi imbuhan 'men...i' membawa maksud 'dia yang buat' .

con:
Awaluddin memberikan Wahidah sekuntum bunga. (salah)
Awaluddin memberi Wahidah sekuntum bunga. (betul)

Pengetua menasihatkan pelajar agar rajin belajar. (salah)
Pengetua menasihati pelajar agar rajin belajar. (betul)

Alasan:
Awaluddin yang bagi wahidah bunga bukan dia yang tolong bagi bunga itu. :)
Pengetua yang bagi nasihat bukan tolong beri nasihat.


2.0 Imbuhan 'men' untuk Kata Kerja

2.1 Imbuhan 'men' termasuk 'me', 'mem', 'men', 'meng', 'meny', 'menge'
2.2 Imbuhan 'menge' hanya digunakan pada perkataan yang mempunyai satu suku kata.
con:
cat, lap, pin, caj

2.3 Bagi kata kerja yang dimulai dengan huruf K,S,P,T (kalau sakit pergi tidur)
penggunaan imbuhan 'men' adalah seperti di bawah:

K (kasih, kirim dan sebagainya) - menggunakan imbuhan 'meng' (mengasihi, mengirim)
S (sakit, sayang dan sebagainya) -menggunakan imbuhan'meny' (menyakiti,menyayangi)
P (pakai, pantau dan sebagainya) - menggunakan imbuhan 'me'+m' (memakai,memantau
T (tulis, tunggu dan sebagainya) - menggunakan imbuhan 'me'+ n' (menulis, menunggu)

3.0 Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
3.1 Bukan dan Tidak:
· Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
. Tidak digunakan apabila frasa adjektif & frasa kerja menjadi predikat.

Con:
Saya bukan duduk di situ. (salah)
Saya tidak duduk di situ. (betul) – ‘duduk’ adalah kata kerja.

3.2 Ialah dan Adalah
Ialah digunakan apabila menunjukkan ‘persamaan’ atau ‘ekuatif’. Lazimnya ialah
hadir di hadapan frasa nama.

Con:
Nama saya ialah Rania.

Adalah digunakan apabila pengunaannya secara huraian atu kualitatif.

Con:
Sumbangan besar beliau adalah daripada segi pembangunan fizikal.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA I

1.0 KESALAHAN DARIPADA ASPEK KATA

1.1 Kata Ganti Diri
(i) Kata dia dan ia TIDAK BOLEH digunakan untuk benda dan binatang.
con:
Pakaian ini mahal. Ia diimport dari Itali. (salah)
Pakaian ini mahal. Pakaian ini diimport dari Itali. (betul)

ii) Kata ganti nama ia dan nya tidak boleh digabungkan.
con:
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. (salah)
Kucing itu mati kerana ia dilanggar kereta. (betul)

1.2 Kata Bilangan
(i) Terdapat enam jenis kata bilangan:
a) Kata bilangan tentu : seratus, sejuta, satu, dua dan sebagainya.
b) Kata bilangan tak tentu : beberapa, para, semua, sesetengah.
c) Kata bilangan pecahan : setengah, suku, dan sebagainya.
d) Kata bilangan pisahan : masing-masing & setiap.
e) Kata bilangan himpunan : berbagai-bagai, kedua-dua dan sebagainya.
f) Kata bilangan tingkat : pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.

(ii) Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya TIDAK BOLEH DIDEKATKAN dengan kata bilangan pecahan seperti suku, setengah untuk penghitungan.

con:
Dua setengah meter (salah)
Dua meter setengah (betul)

1.3 Kata Sendi

(i) Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada.

a) Kata dari digunakan untuk Waktu, Arah & Tempat (WAT)
con: Mereka datang daripada utara (salah)
Mereka datang dari utara (betul)

b) Kata sendi di digunakan untuk Tempat sahaja. Kata sendi pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.

con:
Di musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (salah)
Pada musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (betul)

Buku cerita itu ada dengan Kamal (salah)
Buku cerita itu ada pada Kamal (betul)