Monday, November 2, 2009

KESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA II

Frasa Kerja Tak Transitif

a) Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
b) Frasa kerja tak transitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
c) Kata kerja tak transitif yang berapitan ber…kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

Con:
Berlandaskan pada undang-undang (salah)
Berlandaskan undang-undang (betul)

berpandukan pada kamus (salah)
berpandukan kamus (betul)

d) Frasa kerja tak transitif mesti diikuti frasa sendi nama apabil frasa kerja itu diperluas.

contoh:
Kamu mesti ingat janji-janjimu. (salah)
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu (betul)

Othman ingin bertemu gadis itu. (salah)
Othman ingin bertemu dengan gadis itu. (betul)

(ingat & bertemu = kata kerja tak transitif)

Frasa Kerja Transitif

a) Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
b) Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.

contoh:

Beliau turut menyentuh tentang perkara itu. (salah)
Beliau turut menyentuh perkara itu. (betul)

Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)

(** menyentuh & membincangkan ialah kata kerja transitif. perkara & masalah ialah kata nama sebagai objek.)

Frasa Kerja Pasif

a) Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. frasa kerja terbahagi kepada:

- frasa kerja pasif diri pertama
* Terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

con:
diambil olehku (salah)
kuambil (betul)

dibuang oleh kami (salah)
kami buang (betul)


- frasa kerja pasif diri kedua
* Frasa kerja pasif diri kedua terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua seperti anda, awak, kamu dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

contoh:
ditanya oleh anda (salah)
anda tanya (betul)

dibeli oleh kamu (salah)
kamu beli (betul)

- Frasa kerja pasif diri ketiga
* Terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi (oleh + frasa nama). Kata 'oleh' pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
* * Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama & kedua.

contoh:
beliau tulis (salah)
ditulis oleh beliau (betul)

dia kumpulkan (salah)
dikumpulkan olehnya (betul)

*************************************************************************************

Kata-kata lain TIDAK BOLEH disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

contoh:
kami akan atasi (salah)
akan kami atasi (betul)

kita perlu tolong (salah)
perlu kita tolong (betul)

anda mesti edarkan (salah)
mesti anda edarkan (betul)

KESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA

i) Bentuk Jamak

Ia dapat dinyatakan melalui:

a) Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid dan sebagainya.
b) Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid dan sebagainya.
c) Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dll
d) Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

ii) Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang.

Contoh:
Dua biji telur-telur (salah)
Dua biji telur (betul)

Semua murid-murid (salah)
Semua murid (betul)

iii) Kata adjektif yang diulang sudah membawa mkna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang.

Contoh:

Lukisan-lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)

Pakaian-pakaian di situ mahal-mahal harganya. (salah)
Pakaian di situ mahal-mahal harganya. (betul)

iv) Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kta-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:

a) D beerti unsur yang diterangkan
b) M beerti unsur yang menerangkan

Contoh:
Lain-lain hal (salah)
Hal-hal lain (betul)

Karim Kedai Roti (salah)
Kedai Roti Karim (betul)

Goreng pisang (salah)
Pisang goreng (betul)

Tomato sos (salah)
Sos tomato (betul)

Mini telekung (salah)
Telekung mini (betul)

v) Frasa adjektif

- Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
- Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, & paling
- Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:
Bangunan itu tertinggi (salah)
Bangunan itu paling tinggi (betul)

- Apabila kata adjektif berawalan ter’ digunakan sebagai penerang, kata penguat TIDAK DIPERLUKAN.

contoh:
Noriah pemain yang paling terhandal. (salah)
Noriah pemain yang terhandal. (betul)

- Kata penguat TIDAK BOLEH diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif sekali gus.

contoh:
Buah langsat ini sangat manis sekali .(salah)
Buah langsat ini sangat manis. (betul)

- Frasa adjektif mesti diikuti oleh frasa sendi nama apabila frasa adjektif itu diperluas.

contoh:
Budak itu tidak suka durian. (salah)
Budak itu tidak suka akan durian. (betul)

SALAH & BETUL II

menyintai (salah)
mencintai (betul)

merbahaya (salah)
berbahaya (betul)

saling cinta-mencintai (salah)
saling mencintai (betul) - 'saling' menunjukkan perbutan berbalas-balas

saling tolong-menolong (salah)
saling menolong (betul)

karang mengarang (salah)
karang-mengrang (betul)

Polis menemui kereta curi di belakang kedai itu. (salah)
Polis menemukan keret curi di belakang kedai itu. (betul)

membuat bising (salah)
berbuat bising (betul)

ke-sembilan (salah)
kesembilan (betul)
ke-9 (betul)

Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan ... (salah)
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan... (betul) - 'di' digunakan untuk tempat sahaja.

memperbesarkan (salah)
memperbesar (betul) - kata adjektif tidak boleh menggunakan dua-dua imbuhan- 'mem' + 'per' sudah 2 imbuhan. tak perlu ditambah imbuhan 'kan'.

**semua kata adjektif menggunakan imbuhan 'mem' + 'per'
con:

memperbaiki (salah)
memperbaik (betul)

memperolehi (salah)
memperoleh (betul)

TIP:

** untuk menentukan kata adjektif:
kata penguat + kata yang hendak diuji
(sangat, paling, amat, sungguh, 'ter', sekali) + (cantik, panjang, baik,dll )

Friday, October 30, 2009

KESALAHAN UMUM TATABAHASA III

PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT

1.0 Boleh dan dapat:

boleh - lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. (membawa maksud mengizinkan)

dapat - lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan ( membawa maksud boleh / mampu)

con:
Syamir sudah boleh menunggang kuda. (salah)
Syamir sudah dapat menunggang kuda. (betul)

Mazni tidak boleh pergi kerana demam. (salah)
Mazni tidak dapat pergi kerana demam. (betul)

2.0 Bukan dan Tidak

Bukan - digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak - digunakan apabila frasa adjektif & frasa kerja menjadi predikat.

con:
Cincin ini bukan cantik. (salah)
Cincin ini tidak cantik (betul) - 'cantik' ialah frasa adjektif

*Tip:
- Bagi menentukan sesuatu perkataan itu adalah frasa adjektif caranya, meletakkan kata penguat seperti 'amat', 'sangat', 'ter', dan sebagainya. Sekiranya, sesuai, maka ia adalah frasa adjektif.


3.0 Pedalaman dan pendalaman

pedalaman - beerti kawasan yang jauh

pendalaman - beerti usaha mendalamkan

con:

Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. (salah)
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. (betul)


Sunday, October 25, 2009

TANDA BACA III

KOMA BERTITIK

TANDA KOMA BERTITIK ( ; )

a) Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu
con:

i. Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikan kedua-dua ini pegangan hidupmu.

ii. Malam makin larut; kerja masih banyak.

iii.Tetamu itu tiba; dia menyambutnya.

(b) Memulakan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya
con:

i. Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.

ii. Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian, kita perlu mengadakan pertemuan untuk membuat persiapan

(c) Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat panjang
con:

i. Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za’ba, disesuaikan ke dalam bentuk teks; adayang menerapkan teori-teori baharu.

ii. Pelbagai ragam, manusia dapat dilihat di stesen kereta api; ada yang rancak berbual dengan teman-temannya; ada yang bersedih kerana akan berpisah dengan rakannya; ada yang termenung sendirian di bangku.

(d) Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.
con:

i. Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur;
kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga
mereka yang gugur diucapkan takziah.

ii. Kepada mereka yang lulus, syabas dan selamat maju jaya saya ucapkan; kepada mereka yang gagal, usahlah berputus asa.

TANDA BACA II

TANDA SEMPANG ( - ) / sempang

1. Menunjukkan & menegaskan ejaan sesuatu perkataan
con:
K-a-m-p-u-n-g bukan K-a-m-p-o-n-g.
T-o-n-t-o-n dan t-u-n-t-u-n mempunyai makna yang berlainan

2 Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
con:
“M-m-m-maksud saya begitulah,” katanya gagap.

3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi
con:
03-2481011
3016280-07-1013-6315700
470301-10-5209

4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat
con:
Indo-Belanda Anglo-China

5. Menunjukkan kata ganda
con:
beribu-ribu
pelajar-pelajar
anak-anak kecil
awan-gemawan
mengucar-ngacirkan

Nota:
(perbezaan antara tanda sempang & sengkang ialah:-
- tidak menggunakan 'spacing' di papan kekunci untuk menaip (sempang)
- menggunakan 'spacing' di keyboard untuk menaip (sengkang)


TANDA PISAH ( – ) / sengkang

1. Memisahkan keterangan sesuatu idea atau siri idea di tengah atau di akhir ayat

con:
a) Segala impiannya – wang, nama dan kuasa – kini, musnah akibat perbuatan sendiri.
b) Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.


2. Menunjukkan aliran fikiran penulis, atau pembicara, yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah.Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat.

con:
a) Semasa saya di kampung dahulu – saya sudah menyatakan hal ini tadi – saya pernah dilantik sebagai ketua kampung.

b) Sebaik-baik sahaja kamu sampai di Labuan – saya pasti pelayaran itu selamat – harap hubungi saya.


3. Menggantikan perkataan “hingga”
con:

a) Jun – Oktober
b) Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1997 – 1980

TANDA BACA I

TANDA PETIK ("...")

Tanda Petik Digunakan untuk:

1. Menunjukkan cakap langsung.
con:
“Tadi engkau di mana?” tanya ayah.“Di padang sekolah, ayah. Hari ini ada latihan bola sepak,” jawab Razif.

2. Menunjukkan petikan langsung daripada bahan cetak.
con:
“Jika dapat diibaratkan menulis karangan sebagai pekerjaan mengembara, maka rangka karangan dapatlah diumpamakan sebagai peta yang amat penting kepada pengembara. Tanpa peta si pengembara mungkin saja akan sesat entah ke mana.”

(Dipetik daripada Teknik Mengarang: Kertas Am dan Malaysia I oleh Awang Sariyan)

3. Menunjukkan sesuatu judul buku, majalah, dll.
con:
Komentar Profesor Madya Dr. Othman Puteh dalam majalah “Dewan Sastera” terhadap antologi cerpen Zaen Kasturi berjudul “Yuda” begitu menarik.

4. Menunjukkan istilah ilmiah.
con:
Spesies udang yang ada dikultur di negara kita ialah spesies air tawar, iaitu udang galah “macrobrachium rosenbergii” dan spesies air payau, iaitu udang harimau (“penaeus monodon”), serta udang putih (“penaeus indicus” dan “penaeus merguiensis”).

5. Mengapit slogan surat rasmi.
con:
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
“BAHASA JIWA BANGSA”

TANDA PETIK TUNGGAL ('...')

1. Menunjukkan ungkapan yang sudah diapit oleh tanda petik (“…”)
Con:
“Sudah puas saya menasihati mereka tetapi segala nasihat saya itu ‘seperti mencurahkan air di daun keladi’ saja,” kata Shamsul dengan nada yang kecewa.