Friday, October 30, 2009

KESALAHAN UMUM TATABAHASA III

PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT

1.0 Boleh dan dapat:

boleh - lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. (membawa maksud mengizinkan)

dapat - lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan ( membawa maksud boleh / mampu)

con:
Syamir sudah boleh menunggang kuda. (salah)
Syamir sudah dapat menunggang kuda. (betul)

Mazni tidak boleh pergi kerana demam. (salah)
Mazni tidak dapat pergi kerana demam. (betul)

2.0 Bukan dan Tidak

Bukan - digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak - digunakan apabila frasa adjektif & frasa kerja menjadi predikat.

con:
Cincin ini bukan cantik. (salah)
Cincin ini tidak cantik (betul) - 'cantik' ialah frasa adjektif

*Tip:
- Bagi menentukan sesuatu perkataan itu adalah frasa adjektif caranya, meletakkan kata penguat seperti 'amat', 'sangat', 'ter', dan sebagainya. Sekiranya, sesuai, maka ia adalah frasa adjektif.


3.0 Pedalaman dan pendalaman

pedalaman - beerti kawasan yang jauh

pendalaman - beerti usaha mendalamkan

con:

Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. (salah)
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. (betul)


No comments:

Post a Comment