1.0 KESALAHAN DARIPADA ASPEK KATA
1.1 Kata Ganti Diri
(i) Kata dia dan ia TIDAK BOLEH digunakan untuk benda dan binatang.
con:
Pakaian ini mahal. Ia diimport dari Itali. (salah)
Pakaian ini mahal. Pakaian ini diimport dari Itali. (betul)
ii) Kata ganti nama ia dan nya tidak boleh digabungkan.
con:
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. (salah)
Kucing itu mati kerana ia dilanggar kereta. (betul)
1.2 Kata Bilangan
(i) Terdapat enam jenis kata bilangan:
a) Kata bilangan tentu : seratus, sejuta, satu, dua dan sebagainya.
b) Kata bilangan tak tentu : beberapa, para, semua, sesetengah.
c) Kata bilangan pecahan : setengah, suku, dan sebagainya.
d) Kata bilangan pisahan : masing-masing & setiap.
e) Kata bilangan himpunan : berbagai-bagai, kedua-dua dan sebagainya.
f) Kata bilangan tingkat : pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.
(ii) Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya TIDAK BOLEH DIDEKATKAN dengan kata bilangan pecahan seperti suku, setengah untuk penghitungan.
con:
Dua setengah meter (salah)
Dua meter setengah (betul)
1.3 Kata Sendi
(i) Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada.
a) Kata dari digunakan untuk Waktu, Arah & Tempat (WAT)
con: Mereka datang daripada utara (salah)
Mereka datang dari utara (betul)
b) Kata sendi di digunakan untuk Tempat sahaja. Kata sendi pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.
con:
Di musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (salah)
Pada musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (betul)
Buku cerita itu ada dengan Kamal (salah)
Buku cerita itu ada pada Kamal (betul)
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Erm, kalau IA tidak boleh digunakan untul binatang, mengapa 'ia' diguna pada kucing tersebut yang terdapat di contoh ii(1.1)?
ReplyDelete