Thursday, February 18, 2010

PERBEZAAN PERKATAAN

Agen, Ejen & Agenda

1. Agen = bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau memberi kesan langsung kepada sesuatu tindak balas.
Con: agen pencemaran, agen pengoksidaan

2. Ejen = orang dan lain-lain yang menjalankan

Con: ejen eksport, ejen perkapalan

3. Agenda = program sesuatu mesyuarat yang formal
(* Perlu diingat tiap-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyai satu atau sesuatu agenda sahaja.
* Sesuatu agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.)

Con:
Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang adalah seperti berikut:

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa ke-2 yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Kegiatan Sukan
4.1 Sukaneka Keluarga
4.2 Pertandingan bola sepak antara mukin
5. Hal-hal lain
5.1 …
5.2 …
6. Ucapan penangguhan



Nota:
•Jadi, sebenarnya, Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 3 Persatuan Belia Pulau Sebang itu mempunyai satu genda. Nombor atau bilangan 1 hingga 6 dalam agenda itu ialah perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.
•Sementara 4.1, 4.2, merupakan perkara kecil (subperkara).
•Maka tidak betul jika kit mengatakan ‘agenda’ pertama ialah ucapan alu-aluan pengerusi; agenda kedua membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat dan seterusnya.
•Jika mengatakan demikian, ertinya ada tiga mesyuarat yang berasingan berlangsung satu demi satu, dan anggota-anggota mesyuarat yang sama menghadiri ketiga-tiga mesyuarat itu.
_______________________________________________________________

Antara, “di antara”, dengan, “antara”

“Antara” digunakan = menunjukkan perbandingan (Con: Antara Johor dan Singapura,banyak perbezaannya.)
= biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. ( con: Pertandingan debat antara maktab perguruan Malaysia.
‘bukannya’ Pertandingan debat di antara Maktab A dengan Maktab B. (maktab A dan B adalah kata nama am yang diulang)
= kata ganda yang dapat mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik. (con: mereka berbincang antara adik-beradik.)

“ di antara” digunakan = menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.
Con: Tambak Johor terletak di antara Johor bahru dengan Singapura.
Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkt tiga.

Nota:
1. “di antara” & “antara” hanya diikuti dengan kta sendi nama dengan atau hingga bukan kata hubung dan.
2. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata nama “antara” diikuti oleh lebih daripada dua frasa nama.
(Con: antara irama, lagu dan persembahan)

No comments:

Post a Comment