Thursday, December 10, 2009

TIP

1. AGENDA

*Agenda bermaksud = sesuatu program atau mesyuarat yang formal sifatnya.
*Dengan kata lain, mesyuarat itu mempunyai senarai tajuk atu perkara yang disediakan terlebih dahulu, untuk dibincangkan.
*yang perlu diingat, tip-tiap satu mesyuarat hendaklah mempunyi cuma 1 sahaja Agenda.

* sesuatu Agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu.

contoh:

AGENDA MESYURAT JAWATANKUASA BILANGAN 3 PERSATUAN BELIA PULAU SEBANG adalah seperti berikut:

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Sukaneka Keluarga
3.2 Pertandingan Bola Sepak antara Mukim
4. Ucapan penangguhan

** sebenarnya, MESYUARAT JAWATANKUASA BILANGAN 3 PERSATUAN BELIA PULAU SEBANG itu mempunyai satu agenda. Nombor atau bilangan 1 hingga 4 dalam Agenda itu ialah PERKARA yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

* sementara 3.1, 3.2 merupakan subperkara.

Maka, tidaklah betul jika kita mengtkan agenda pertama ialah ucapan alu-aluan pengerusi.

JikA kita mengatakan demikian, maka ada tiga mesyuarat yang berasingan berlangsung satu demis atu.

Sunday, November 15, 2009

MAKNA PERKATAAN

1. ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)

2. ulam-ulaman (sayur)

3. para-para (rak)

4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah
(kumpulan yang jahat)

5. jarang-jarang (kadang-kadang)

6. sahur (makan sebelum subuh)

7. sarapan (makan pada waktu pagi)

8. kudapan (minum pagi (10 pagi)

9. merarau (makan tengah hari)

10. mengombe (makan petang)

11. menggabi (makan malam)

12. menuruk (makan tengah malam (supper)

invesmen (labur/simpan)

hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)

patik (anak anjing)

kaos (tapak kaki)

ahli (pakar/hebat)

kakitangan (simpulan bahasa)

muluk-muluk ('bombastic')

SALAH & BETUL IV

Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)
Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul)

membincangkan akan hal itu (salah)
membincangkan tentang hal itu. (betul)

Berbincang akan hal itu. (salah)
Berbincang tentang hal itu. (betul)

dengan/dalam lain perkataan. (salah)
dengan perkataan lain (betul)

hadirin hadirat sekalin (salah)
hadirin sekalian (betul)

balik kampung (salah)
balik ke kampung (betul) - kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll)

mertua (salah)
mentua (betul)

jangan pandang belakang (salah)
jangan pandangan ke belakang (betul)

Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah)
Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul)

mulai dari sekarang. (salah)
mulai sekarang (betul)
Bermula dari sekarang (betul)

Ahli bomba (salah)
Anggota bomba (betul) - 'Ahli' digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja.

baharu - bermaksud 'new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran
baru - bermaksut 'just'(kata tugas)con: Baru makan

Tuesday, November 10, 2009

SALAH & BETUL III

salah satu daripada (salah)
salah satu (betul)

selain dari/daripada (salah)
selain/selain itu (betul)

SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah)
SUKMA X (betul)

sekali-sekala (salah)
sekalipun (betul)

setengah murid (salah)
sesetengah murid (betul)

ada pekerja-pekerja (salah)
ada pekerja (betul) - 'ada' membawa maksud 'terkumpul' / 'banyak'. (menunjukkan jamak, tak boleh digandakan)

daun-daun kering berguguran (salah)
daun kering berguguran (betul) - apabila bertemu dengan imbuhan 'ber'...'an'( membawa mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan.

bintang-bintang berkerdipan (salah)
bintang berkerdipan (betul)

Ketua Menteri-ketua Menteri (salah)
Ketua-ketua menteri (betul) - kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja.

tengahari(salah)
tengah hari (betul)

Daku terkenang akan dia (salah)
Daku terkenangkan akan dia (betul) - 'Daku' mesti berakhir dengaan huruf 'n'. (terkenang (tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada 'n' di belakang perkataan)

sarapan pagi (salah)
sarapan (betul)- 'srapan' memang digunakan hanya untuk makn pada waktu pagi. tak perlu tambah perkataan 'pagi.'

layan diri (salah)
swalayan (betul)

cenderahati (salah)
cenderamata (betul)

pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan
pedalaman (betul)

perasmian penutup majlis (salah)
perasmian penutupan majlis (betul)

Agenda minit mesyuarat
1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (salah) - 'agenda' bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja

Agenda minit mesyuarat operasi
Perkara-perkara mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi
2. Hal-hal lain (betul)

Monday, November 9, 2009

Awalan di-, di-…-kan dan di-…-i

Awalan “di-“

Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga.

Ch.:
Ayat Contoh:
(a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga)
(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3)


(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3)
(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3)


(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3)
(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3)

Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu

Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut:


1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.)
2. (c) Ayah membaca surat khabar.
3. (c) Raju memukul ular it.



Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b)

Apitan “di-...-kan” dan “di-...-i”

Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i .

Ch.:
(a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu.
(b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali.


(a) Siva membaiki radio.
(b) Radio dibaiki oleh Siva.

Makna 'Diterajui:'

Ada 4 erti teraju:

neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional)
tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang)
tali untuk meregang khemah.\
pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi.

Ayat contoh:
(a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif)
(b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif)

**Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b).

Monday, November 2, 2009

KESALAHAN STRUKTUR AYAT

1) Ayat gabungan

- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:
Suraya dan Yati ke sekolah
Dia bangun kemudian berjalan

- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)
Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)

2) Ayat tergantung
- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat
- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.

Contoh:
Budak itu / menangis
Subjek / predikat

- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:
Siapakah / gadis itu?
Predikat / subjek

3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung”

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:
Di seluruh negara mengalami banjir (salah)
Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)
Yang manakah yang betul? (betul)

KESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA II

Frasa Kerja Tak Transitif

a) Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
b) Frasa kerja tak transitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
c) Kata kerja tak transitif yang berapitan ber…kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

Con:
Berlandaskan pada undang-undang (salah)
Berlandaskan undang-undang (betul)

berpandukan pada kamus (salah)
berpandukan kamus (betul)

d) Frasa kerja tak transitif mesti diikuti frasa sendi nama apabil frasa kerja itu diperluas.

contoh:
Kamu mesti ingat janji-janjimu. (salah)
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu (betul)

Othman ingin bertemu gadis itu. (salah)
Othman ingin bertemu dengan gadis itu. (betul)

(ingat & bertemu = kata kerja tak transitif)

Frasa Kerja Transitif

a) Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
b) Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.

contoh:

Beliau turut menyentuh tentang perkara itu. (salah)
Beliau turut menyentuh perkara itu. (betul)

Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)

(** menyentuh & membincangkan ialah kata kerja transitif. perkara & masalah ialah kata nama sebagai objek.)

Frasa Kerja Pasif

a) Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. frasa kerja terbahagi kepada:

- frasa kerja pasif diri pertama
* Terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

con:
diambil olehku (salah)
kuambil (betul)

dibuang oleh kami (salah)
kami buang (betul)


- frasa kerja pasif diri kedua
* Frasa kerja pasif diri kedua terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua seperti anda, awak, kamu dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

contoh:
ditanya oleh anda (salah)
anda tanya (betul)

dibeli oleh kamu (salah)
kamu beli (betul)

- Frasa kerja pasif diri ketiga
* Terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi (oleh + frasa nama). Kata 'oleh' pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
* * Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama & kedua.

contoh:
beliau tulis (salah)
ditulis oleh beliau (betul)

dia kumpulkan (salah)
dikumpulkan olehnya (betul)

*************************************************************************************

Kata-kata lain TIDAK BOLEH disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

contoh:
kami akan atasi (salah)
akan kami atasi (betul)

kita perlu tolong (salah)
perlu kita tolong (betul)

anda mesti edarkan (salah)
mesti anda edarkan (betul)

KESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA

i) Bentuk Jamak

Ia dapat dinyatakan melalui:

a) Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid dan sebagainya.
b) Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid dan sebagainya.
c) Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dll
d) Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

ii) Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang.

Contoh:
Dua biji telur-telur (salah)
Dua biji telur (betul)

Semua murid-murid (salah)
Semua murid (betul)

iii) Kata adjektif yang diulang sudah membawa mkna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang.

Contoh:

Lukisan-lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)

Pakaian-pakaian di situ mahal-mahal harganya. (salah)
Pakaian di situ mahal-mahal harganya. (betul)

iv) Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kta-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:

a) D beerti unsur yang diterangkan
b) M beerti unsur yang menerangkan

Contoh:
Lain-lain hal (salah)
Hal-hal lain (betul)

Karim Kedai Roti (salah)
Kedai Roti Karim (betul)

Goreng pisang (salah)
Pisang goreng (betul)

Tomato sos (salah)
Sos tomato (betul)

Mini telekung (salah)
Telekung mini (betul)

v) Frasa adjektif

- Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
- Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, & paling
- Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:
Bangunan itu tertinggi (salah)
Bangunan itu paling tinggi (betul)

- Apabila kata adjektif berawalan ter’ digunakan sebagai penerang, kata penguat TIDAK DIPERLUKAN.

contoh:
Noriah pemain yang paling terhandal. (salah)
Noriah pemain yang terhandal. (betul)

- Kata penguat TIDAK BOLEH diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif sekali gus.

contoh:
Buah langsat ini sangat manis sekali .(salah)
Buah langsat ini sangat manis. (betul)

- Frasa adjektif mesti diikuti oleh frasa sendi nama apabila frasa adjektif itu diperluas.

contoh:
Budak itu tidak suka durian. (salah)
Budak itu tidak suka akan durian. (betul)

SALAH & BETUL II

menyintai (salah)
mencintai (betul)

merbahaya (salah)
berbahaya (betul)

saling cinta-mencintai (salah)
saling mencintai (betul) - 'saling' menunjukkan perbutan berbalas-balas

saling tolong-menolong (salah)
saling menolong (betul)

karang mengarang (salah)
karang-mengrang (betul)

Polis menemui kereta curi di belakang kedai itu. (salah)
Polis menemukan keret curi di belakang kedai itu. (betul)

membuat bising (salah)
berbuat bising (betul)

ke-sembilan (salah)
kesembilan (betul)
ke-9 (betul)

Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan ... (salah)
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan... (betul) - 'di' digunakan untuk tempat sahaja.

memperbesarkan (salah)
memperbesar (betul) - kata adjektif tidak boleh menggunakan dua-dua imbuhan- 'mem' + 'per' sudah 2 imbuhan. tak perlu ditambah imbuhan 'kan'.

**semua kata adjektif menggunakan imbuhan 'mem' + 'per'
con:

memperbaiki (salah)
memperbaik (betul)

memperolehi (salah)
memperoleh (betul)

TIP:

** untuk menentukan kata adjektif:
kata penguat + kata yang hendak diuji
(sangat, paling, amat, sungguh, 'ter', sekali) + (cantik, panjang, baik,dll )

Friday, October 30, 2009

KESALAHAN UMUM TATABAHASA III

PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT

1.0 Boleh dan dapat:

boleh - lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. (membawa maksud mengizinkan)

dapat - lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan ( membawa maksud boleh / mampu)

con:
Syamir sudah boleh menunggang kuda. (salah)
Syamir sudah dapat menunggang kuda. (betul)

Mazni tidak boleh pergi kerana demam. (salah)
Mazni tidak dapat pergi kerana demam. (betul)

2.0 Bukan dan Tidak

Bukan - digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak - digunakan apabila frasa adjektif & frasa kerja menjadi predikat.

con:
Cincin ini bukan cantik. (salah)
Cincin ini tidak cantik (betul) - 'cantik' ialah frasa adjektif

*Tip:
- Bagi menentukan sesuatu perkataan itu adalah frasa adjektif caranya, meletakkan kata penguat seperti 'amat', 'sangat', 'ter', dan sebagainya. Sekiranya, sesuai, maka ia adalah frasa adjektif.


3.0 Pedalaman dan pendalaman

pedalaman - beerti kawasan yang jauh

pendalaman - beerti usaha mendalamkan

con:

Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. (salah)
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. (betul)


Sunday, October 25, 2009

TANDA BACA III

KOMA BERTITIK

TANDA KOMA BERTITIK ( ; )

a) Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu
con:

i. Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikan kedua-dua ini pegangan hidupmu.

ii. Malam makin larut; kerja masih banyak.

iii.Tetamu itu tiba; dia menyambutnya.

(b) Memulakan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya
con:

i. Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.

ii. Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian, kita perlu mengadakan pertemuan untuk membuat persiapan

(c) Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat panjang
con:

i. Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za’ba, disesuaikan ke dalam bentuk teks; adayang menerapkan teori-teori baharu.

ii. Pelbagai ragam, manusia dapat dilihat di stesen kereta api; ada yang rancak berbual dengan teman-temannya; ada yang bersedih kerana akan berpisah dengan rakannya; ada yang termenung sendirian di bangku.

(d) Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.
con:

i. Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur;
kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga
mereka yang gugur diucapkan takziah.

ii. Kepada mereka yang lulus, syabas dan selamat maju jaya saya ucapkan; kepada mereka yang gagal, usahlah berputus asa.

TANDA BACA II

TANDA SEMPANG ( - ) / sempang

1. Menunjukkan & menegaskan ejaan sesuatu perkataan
con:
K-a-m-p-u-n-g bukan K-a-m-p-o-n-g.
T-o-n-t-o-n dan t-u-n-t-u-n mempunyai makna yang berlainan

2 Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
con:
“M-m-m-maksud saya begitulah,” katanya gagap.

3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi
con:
03-2481011
3016280-07-1013-6315700
470301-10-5209

4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat
con:
Indo-Belanda Anglo-China

5. Menunjukkan kata ganda
con:
beribu-ribu
pelajar-pelajar
anak-anak kecil
awan-gemawan
mengucar-ngacirkan

Nota:
(perbezaan antara tanda sempang & sengkang ialah:-
- tidak menggunakan 'spacing' di papan kekunci untuk menaip (sempang)
- menggunakan 'spacing' di keyboard untuk menaip (sengkang)


TANDA PISAH ( – ) / sengkang

1. Memisahkan keterangan sesuatu idea atau siri idea di tengah atau di akhir ayat

con:
a) Segala impiannya – wang, nama dan kuasa – kini, musnah akibat perbuatan sendiri.
b) Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.


2. Menunjukkan aliran fikiran penulis, atau pembicara, yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah.Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat.

con:
a) Semasa saya di kampung dahulu – saya sudah menyatakan hal ini tadi – saya pernah dilantik sebagai ketua kampung.

b) Sebaik-baik sahaja kamu sampai di Labuan – saya pasti pelayaran itu selamat – harap hubungi saya.


3. Menggantikan perkataan “hingga”
con:

a) Jun – Oktober
b) Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1997 – 1980

TANDA BACA I

TANDA PETIK ("...")

Tanda Petik Digunakan untuk:

1. Menunjukkan cakap langsung.
con:
“Tadi engkau di mana?” tanya ayah.“Di padang sekolah, ayah. Hari ini ada latihan bola sepak,” jawab Razif.

2. Menunjukkan petikan langsung daripada bahan cetak.
con:
“Jika dapat diibaratkan menulis karangan sebagai pekerjaan mengembara, maka rangka karangan dapatlah diumpamakan sebagai peta yang amat penting kepada pengembara. Tanpa peta si pengembara mungkin saja akan sesat entah ke mana.”

(Dipetik daripada Teknik Mengarang: Kertas Am dan Malaysia I oleh Awang Sariyan)

3. Menunjukkan sesuatu judul buku, majalah, dll.
con:
Komentar Profesor Madya Dr. Othman Puteh dalam majalah “Dewan Sastera” terhadap antologi cerpen Zaen Kasturi berjudul “Yuda” begitu menarik.

4. Menunjukkan istilah ilmiah.
con:
Spesies udang yang ada dikultur di negara kita ialah spesies air tawar, iaitu udang galah “macrobrachium rosenbergii” dan spesies air payau, iaitu udang harimau (“penaeus monodon”), serta udang putih (“penaeus indicus” dan “penaeus merguiensis”).

5. Mengapit slogan surat rasmi.
con:
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
“BAHASA JIWA BANGSA”

TANDA PETIK TUNGGAL ('...')

1. Menunjukkan ungkapan yang sudah diapit oleh tanda petik (“…”)
Con:
“Sudah puas saya menasihati mereka tetapi segala nasihat saya itu ‘seperti mencurahkan air di daun keladi’ saja,” kata Shamsul dengan nada yang kecewa.

Thursday, October 22, 2009

SALAH & BETUL I

Pakaian ini mahal. Ia diimport dari Itali. (salah)
Pakaian ini mahal. Pakaian ini diimport dari Itali. (betul) - Ia tidak boleh digunakan untuk binatang & benda)

Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. (salah)
Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. (betul) - Ia & nya tidak boleh digabungkan.)

Dua setengah meter. (salah)
Dua meter setengah. (betul) -Kata bilangan tentu, seperti satu, dua, tiga, tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan; seperti suku, setengah.)

Beberapa buah pandangan (salah)
Beberapa pandangan (betul) - Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak)


Dari masa ke semasa (salah)
Dari semasa ke semasa (betul) - perkataan pertama mesti sama dengan perkataan kedua

Oleh kerana (salah)
Oleh sebab (betul) - kata sendi (oleh) tidak boleh digabungkan dengan kata hubung (kerana)

Merbahaya (salah)
Berbahaya (betul)

Tengahari (salah)
Tengah hari (betul)

Di kalangan (salah)
Dalam kalangan (betul) - 'di' digunakan untuk TEMPAT sahaja).

daun-daun berguguran (salah)
daun berguguran (betul) - sebab daun dah menunjukkan banyak, tak perlulah diulang lagi)- perkataan yangmembawa maksud ‘jamak’ / banyak tidak boleh digandakan.

'rombongan artis-artis RTM' (salah)
rombongan artis RTM (betul)

catat (salah)
Catit (betul)

analisa (salah)
analisis (betul)

putra (salah)
putera (betul)

temu janji (salah)
janji temu (betul)

anti Israel (salah)
anti-Israel (betul)

kawad (salah)
kawat (betul)

kata-kata aluan (salah)
kata alu-aluan (betul)



Sumber: DBP

Wednesday, October 21, 2009

KESALAHAN UMUM TATABAHASA II

1.0 Kata Kerja

1.1. Ada dua jenis kata kerja:
a) Kata kerja transitif (KKT) - berawalan 'men' (kecuali makan, minum, minta & mohon)
- KKT adalah perbuatan yang melampau. (orang lain yng buat/lakukan, orang lain pula
yang menerima akibatnya)

con:
menendang, menggoreng

- Setiap KKT yang mempunyi imbuhan 'me' mesti diikuti dengan KATA NAMA.

con:
Emak menggoreng pisang. (menggoreng - KKT, pisang - Kata Nama)

b) Kata kerja tak transitif / intransitif (KKTT/KKTI)
- KKTT adalah perbuatan yang ditanggungnya sendiri.

con:
menyanyi, menguap


Tip:
-KKT yang mempunyi imbuhan 'men...kan' membawa maksud 'dia yang tolong buat'.
-KKT yang mempunyi imbuhan 'men...i' membawa maksud 'dia yang buat' .

con:
Awaluddin memberikan Wahidah sekuntum bunga. (salah)
Awaluddin memberi Wahidah sekuntum bunga. (betul)

Pengetua menasihatkan pelajar agar rajin belajar. (salah)
Pengetua menasihati pelajar agar rajin belajar. (betul)

Alasan:
Awaluddin yang bagi wahidah bunga bukan dia yang tolong bagi bunga itu. :)
Pengetua yang bagi nasihat bukan tolong beri nasihat.


2.0 Imbuhan 'men' untuk Kata Kerja

2.1 Imbuhan 'men' termasuk 'me', 'mem', 'men', 'meng', 'meny', 'menge'
2.2 Imbuhan 'menge' hanya digunakan pada perkataan yang mempunyai satu suku kata.
con:
cat, lap, pin, caj

2.3 Bagi kata kerja yang dimulai dengan huruf K,S,P,T (kalau sakit pergi tidur)
penggunaan imbuhan 'men' adalah seperti di bawah:

K (kasih, kirim dan sebagainya) - menggunakan imbuhan 'meng' (mengasihi, mengirim)
S (sakit, sayang dan sebagainya) -menggunakan imbuhan'meny' (menyakiti,menyayangi)
P (pakai, pantau dan sebagainya) - menggunakan imbuhan 'me'+m' (memakai,memantau
T (tulis, tunggu dan sebagainya) - menggunakan imbuhan 'me'+ n' (menulis, menunggu)

3.0 Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
3.1 Bukan dan Tidak:
· Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
. Tidak digunakan apabila frasa adjektif & frasa kerja menjadi predikat.

Con:
Saya bukan duduk di situ. (salah)
Saya tidak duduk di situ. (betul) – ‘duduk’ adalah kata kerja.

3.2 Ialah dan Adalah
Ialah digunakan apabila menunjukkan ‘persamaan’ atau ‘ekuatif’. Lazimnya ialah
hadir di hadapan frasa nama.

Con:
Nama saya ialah Rania.

Adalah digunakan apabila pengunaannya secara huraian atu kualitatif.

Con:
Sumbangan besar beliau adalah daripada segi pembangunan fizikal.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA I

1.0 KESALAHAN DARIPADA ASPEK KATA

1.1 Kata Ganti Diri
(i) Kata dia dan ia TIDAK BOLEH digunakan untuk benda dan binatang.
con:
Pakaian ini mahal. Ia diimport dari Itali. (salah)
Pakaian ini mahal. Pakaian ini diimport dari Itali. (betul)

ii) Kata ganti nama ia dan nya tidak boleh digabungkan.
con:
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. (salah)
Kucing itu mati kerana ia dilanggar kereta. (betul)

1.2 Kata Bilangan
(i) Terdapat enam jenis kata bilangan:
a) Kata bilangan tentu : seratus, sejuta, satu, dua dan sebagainya.
b) Kata bilangan tak tentu : beberapa, para, semua, sesetengah.
c) Kata bilangan pecahan : setengah, suku, dan sebagainya.
d) Kata bilangan pisahan : masing-masing & setiap.
e) Kata bilangan himpunan : berbagai-bagai, kedua-dua dan sebagainya.
f) Kata bilangan tingkat : pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.

(ii) Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya TIDAK BOLEH DIDEKATKAN dengan kata bilangan pecahan seperti suku, setengah untuk penghitungan.

con:
Dua setengah meter (salah)
Dua meter setengah (betul)

1.3 Kata Sendi

(i) Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada.

a) Kata dari digunakan untuk Waktu, Arah & Tempat (WAT)
con: Mereka datang daripada utara (salah)
Mereka datang dari utara (betul)

b) Kata sendi di digunakan untuk Tempat sahaja. Kata sendi pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.

con:
Di musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (salah)
Pada musim perayaan, Zainal mendapat banyak wang. (betul)

Buku cerita itu ada dengan Kamal (salah)
Buku cerita itu ada pada Kamal (betul)