Monday, November 9, 2009

Awalan di-, di-…-kan dan di-…-i

Awalan “di-“

Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga.

Ch.:
Ayat Contoh:
(a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga)
(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3)


(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3)
(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3)


(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3)
(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3)

Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu

Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut:


1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.)
2. (c) Ayah membaca surat khabar.
3. (c) Raju memukul ular it.



Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b)

Apitan “di-...-kan” dan “di-...-i”

Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i .

Ch.:
(a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu.
(b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali.


(a) Siva membaiki radio.
(b) Radio dibaiki oleh Siva.

Makna 'Diterajui:'

Ada 4 erti teraju:

neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional)
tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang)
tali untuk meregang khemah.\
pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi.

Ayat contoh:
(a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif)
(b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif)

**Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b).

No comments:

Post a Comment