Monday, November 2, 2009

KESALAHAN STRUKTUR AYAT

1) Ayat gabungan

- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:
Suraya dan Yati ke sekolah
Dia bangun kemudian berjalan

- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)
Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)

2) Ayat tergantung
- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat
- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.

Contoh:
Budak itu / menangis
Subjek / predikat

- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:
Siapakah / gadis itu?
Predikat / subjek

3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung”

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:
Di seluruh negara mengalami banjir (salah)
Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)
Yang manakah yang betul? (betul)

No comments:

Post a Comment